Wednesday, 13 April 2016

GEJALA DAN CARA SEMBUHKAN ALZHEIMER



Penyakit Alzheimer adalah suatu keadaan di mana otak mengalami kemerosotan ingatan yang sangat serius hingga menyebabkan pengidapnya tidak mampu menguruskan diri sendiri. Kebiasaannya, golongan tua akan diserang penyakit alzheimer ini.



Gejala Alzheimer



§  Bingung dan mudah lupa
§  Disorientasi
§  Bermasalah dalam melaksanakan tugas harian
§  Perubahan sikap dan attitude


10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer



1. Mudah lupa atau hilang ingatan

Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting, bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.

2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah

Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang dilakukannya.

3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-tempat lain.

Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.

4. Keliru dengan masa dan tempat

Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu tempat.

5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan

Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.

6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis

Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan. Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu benda.

7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu

Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap hari.

8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara

Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.

9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti social

Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.

10. Perubahan mood dan personality

Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru, berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif, mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.

Pendekatan Dalam Merawat Alzheimer


Kajian menunjukkan pilihan gaya hidup tertentu boleh membantu mengurangkan risiko Alzheimer:
  • Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) dan penglibatan sosial
  • Selalu membuat kerja yang merangsang otak berfikir
  • Melakukan aktiviti riadah yang mencabar minda seperti membaca, belajar bahasa, bermain catur/sudoku atau bermain alat muzik
  • Melibatkan diri dengan interaksi sosial yang lebih kerap


VIVIX SHAKLEE DAN ALZHEIMER 



Seperti yang kita maklum, setiap sel tubuh pula mempunyai DNA. Bagi mereka yang mempunyai alzheimer ini, berkemungkinan DNA sel saraf mereka telah pun rosak dan terjejas akibat terdedah kepada serangan radikal bebas. Jika tiada sebarang langkah diambil, sel ini akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mati.


Pengambilan vivix shaklee, tinggi dengan antioksidan dan sangat bagus untuk pembinaan sel baru,memulihkan DNA yang berkemungkinan rosak akibat dari terdedahnya kita pada radikal bebas yang berada di sekeliling kita atau mungkin juga dari aktiviti harian yang kurang sihat di samping pemakanan kita yang tidak membantu fungsi otak seperti kurangnya pengambilan omega 3 dalam diet harian.


VIVIX  yang juga mengandungi revestrol yang terbukti mampu menjaga dan memulihara sel saraf dari rosak kerana berpotensi membentuk plak yang berisiko menyebabkan alzheimer.

Untuk pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya , ruzanna ditalian 012-5932706

0 comments: