Wednesday 27 April 2016

CARA MENGURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK


 
Gerun tak tengok statistik ni??!!

Statistik terbaharu mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang pada tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007. (Kosmo)

Merokok ni memang kita tahu membahayakan kesihatan. Tapi masih ramai lagi diluar sana yang tak nak berhenti merokok. Banyak kesan negative yang akan terjadi akibat merokok, antaranya:

1.Menjejaskan Kesihatan

Perokok terdedah kepada penyakit kronik seperti kanser paru-paru dll.

2. Menjejaskan Ekonomi Keluarga

Harga rokok yang mahal akan menyebabkan perokok spend duit kat rokok sahaja.

3. Mencemarkan Alam Sekitar

Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udarasekeliling

4. Menjejaskan Keterampilan Diri

 Kesan asap rokok menyebabkan gigi kuning, nafas berbau.



Apa tanda-tanda ketagih rokok?



merokok lebih dari tujuh batang sehari;
• sering menarik nafas dalam;
• mengisap rokok yang mengandung kadar nikotin lebih dari 0.9 mg;
• merokok dalam waktu 30 minit setelah bangun pagi;
• tetap ingin merokok bahkan ketika sakit atau sedang di tempat tidur

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.


Mengapa harus berhenti merokok?



Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

1.   Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.

2.   Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.

3.   Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
o    Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
o    Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
o    Mendapat asma


Bagaimana hendak berhenti merokok?



Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan
    • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang
    • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air
    • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri
    • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri
    • Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri
    • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu
    • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot
    • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Meditasi
  12. Memohon doa
    • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha






Apapun yang sebenarnya jika anda mahu berhenti atau mengurangkan ketagihan merokok kenalah kuat semangat dan betul-betul berazam! Anda juga boleh mendapatkan bantuan pakar atau consume vitamin untuk mengawal ketagihan merokok,(KLIK SINI) untuk testimonial berhenti merokok dengan vitamin Shaklee.

KURANGKANLAH ATAU BERHENTI TERUS MEROKOK DEMI KESIHATAN DAN MASA HADAPAN ANDA DAN KELUARGA ANYA YE!


Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan hubungi saya ditalian 012-5932706.

0 comments: