Friday, 11 March 2016

CARA SEMBUHKAN GOUT

APA ITU PENYAKIT GOUT?



Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki

Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

BAGAIMANA GOUT BOLEH TERJADI?



Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.


TANDA GOUT




o    Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
o    Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
o    Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
o    Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
o    Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
o    Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
o    Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

PETUA MENGURANGKAN/MENYEMBUHKAN PENYAKIT GOUT


1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.



2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.




3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.




4) betik muda dan green tea.Apa yang perlu dilakukan ialah betik muda itu di potong 2 menjadi seperti gelas.Isi di dalam betik itu di keluarkan.Kemudian ambik green tea dan rendamkan di dalam betik tersebut sehingga kembang.
Apabila merendam green tea itu di dalam 1 bahagian betik dan yang sebahagian lagi di gunakan sebagai penutup.Amalkan meminum air green tea tersebut sekerap mungkin sehingga khasiat teh tersebut hilang dan sakit semakin kurang.Sentiasa menukar teh tersebut apabila hilang warnanya.Green tea boleh di dapati di kedai herba.



5) mengambil sekitar 20biji buah ceri setiap hari. Jika tidak dapat ceri yang fresh anda bolehlah mengambilnya yang didalam tin atau jus ceri atau ceri yang telah dibekukan.
Sebagai pilihan lain anda boleh juga mengambil buah strawberry, blackcurrants (anggur hitam), cranberries dan raspberries yang memberikan efek yang hampir sama namun perlu diambila pada kadar yang lebih berbanding ceri biasa.




6) mengambil pil minyak ikan setiap hari. Minyak ikan mengandungi anti radang yang baik untuk kesakitan sendi. Dos yang di cadangkan ialah 6000mg setiap hari dan perlu diingatkan bahawa ia mestilah minyak ikan (fish oil) bukan minyak hati ikan (fish liver). 


PENYAKIT GOUT DAN VIVIX SHAKLEE




Seperti yang kita sedia maklum, Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu :


1.           Memperbaiki DNA
2.           Mengurangkan inflamasi
3.           Meningkatkan penghasilan tenaga
4.   Mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Product)


Vivix memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal. I
a juga memperbaiki sel-sel yang telah membangkak dan sakit itu supaya kembali kepada sel yang sihat.

Vivix jugak mengelakkan pengumpulan protein-protein hasil pengikatan gula dan protein berlebihan dalam badan yang mengundang kepada penyakit-penyakit kronik di dalam badan seperti diabetes, alzheimer dan penyakit salur darah.


Bezanya Vivix dengan supplement yang lain, adalah, Vivix bertindak dari dalam DNA lagi, iaitu unit terkecil di dalam sel manusia yang mengandungi maklumat genetik kita.


Untuk testimonial pengguna vivix untuk gout boleh klik di sini ya.


Disini suka saya mengingatkan diri saya dan anda semua di luar sana supaya sentiasa mengambil langkah pencegahan supaya tidak terkena penyakit gout ini. Yang sudah terkena penyakit pula segeralah ubati dan carilah penawarnya. Setiap penyakit ada penawarnya Insyaallah ..

Untuk pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya ; ruzanna di talian 012.5932706.






0 comments: