Assalamualaikum apa khabar semua
Lama saya tak tepek entry almaklumla sebab beraya hehe.. Alhamdulillah dah hampir seminggu kita menyambut aidilfitri.. Selamat hari raya maaf zahir batin ye dari saya & keluarga untuk anda semua..
Haa tu gambar saya with adik beradik and in law.. Tahun ni alhamdulillah allah beri saya kesempatan untuk beraya dalam keadaan sihat ( vitamin tak skip makan).. Boleh tolong apa yang patut walaupun tak boleh lagi nak angkat barang-barang berat. Kalo nak diikutkan bila berkumpul ramai-ramai memang la banyak keje nak ke na buat tapi kalo kita saling tolong menolong antara satu sama lain yang berat jadi ringan yang susah jadi senang. Apapon raya ni la peluang kita nak bonding dengan sedare mare, jangan asyik dengan gadjet anda ye. Dulu saya pon begitu leka dengan gadjet, tapi saya cuba hentikan tabiat itu. Tak susah mana pon, simpan gadjet anda dalam beg jangan dok usung 24 jam kat tangan sampai satu kerja pon tak boleh nak buat. Cuba buat insyaallah anda pasti rasa happy :)
ok la nak sambung beraya hehe. Dua pesana saya dihari raya:
" pandu berhati-hati dijalan raya" & " hargailah masa anda bersama tersayang".
0 comments:
Post a Comment