Tuesday, 7 July 2015

3 Cara merawat bibir kering

Assalamualaikum 

Hai salam sayang semua.. Dah beberapa hari saya tak menulis di blog kesayangan saya ni kan.. Maaf ye buat anda yang ternanti-nanti entry saya. Kerana kekangan masa saya tak boleh nak eloteh lama-lama, maka hari ni saya akan kongsikan entry yang mudah dan simple cara nak merawat bibir kering.


Cara 1-Sayuran dan buah-buahan


Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak vitamin yang diperlukan untuk merawat bibir dari dalaman tubuh kita. Jadi jika boleh pastikan anda consume sayuran dan buah-buahan di dalam menu seharian anda ya!


Cara 2 - Air putih

Bab air ni umum tahu kalo kita kurang minum air memang akan sebabkan dehidrasi dan tanda dehidrasi ni salah satunya ialah bibir kering. Jadi pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Kalo anda tak suka minum plain water ni boleh add on potongan buah-buahan untuk tambah flavour. Sedap kan hehe.



Cara 3 - Scrub bibir



Sel kulit yang mati dibibir adalah antara faktor lain yang menyebabkan bibir kering. Jadi anda boleh gunakan scrub semulajadi untuk atasi masalah ini. Campurkan gula dan juga minyak zaiton, kemudian oleskan dengan lembut dibibir anda lepas tu bilas hingga bersih. Mudah kan!


Ok la sekian dulu entry kali ni, wait for my next entry ya :)





0 comments: