Saturday, 27 June 2015

Resepi sup ayam versi saya

Assalamualaikum semua.. Buat apa tu? Bulan pose ni time-time camni la yg menguji iman ye dak hehe.. Bagi kaum hawa pulak tgh brainstorm nak masak apa untuk berbuka kan.. Mcm saya hari ni mak request suruh masakkan sup ayam.. Nak makan dengan mee katanya.. 

Dan bermula la episod saya memasak sup.. Hari ni masak awal sikit sebabnya nak keluar berjalan ke jakel.. Tudia kan, bukan nak membeli tapi nak teman makcik sebenarnya cari baju raya..

Panjang pulak bebel.. Jom saya kongsikan resepi sup ayam version saya.

Bahan-bahan:

Ayam
Rempah sup
Hiris halus bawang merah bawang putih dan halia
Blender kasar bawang merah bawang putih dan halia
Sup bunjut
Garam
Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Air
Minyak untuk menumis

Cara masak:


Pertama : tumis dulu bahan hiris, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.



Next dah garing masukkan bahan blender.. Tumis sampai dah kering sikit airnya.



Lepas tu masukkan rempah sup.. Macam saya guna rempah sup adabi. Kacau sampai rata ok.



Next step masukkan ayam. Ayam ni potong saiz sederhana kecil bukan apa senang nak makan hehe.. Biasa saya biarkan seketika sampai air ayam keluar sedikit.


Dah keluar air ayam baru saya masukkan air.. Ni ikut suka hati nak banyak mana kuahnye ye.. Lepas tu masukkan sup bunjut dan garam.

Lepas tu tunggu la sampai mengelegak ye.. Bagi yang suka nak masukkan kiub ayam pon boleh asal sesedap rasa ikut taste anda.


Haaa.. Nampak tak sup saya dah mengelegak panas.. Tunggu air nye surut sikit dan ayam dah empuk baru tutup api ya.. 

Ok la, saya pon dah siap masak , nak siap2 nak keluar dah ni.. Selamat mencuba ye!








0 comments: