Kali ni entry nak kongsi resepi ikan siakap versi orang bujang hehe.. Resepi saya selalunya simple aje sebab saya wanita bekerjaya jadi perlu pantas dalam memasak nak isi perut yang lapar tatkala balik keje atau pon time cuti hehe..
Dok melabun banyak meh tengok bahan yang saya guna:
-ikan siakap (nak guna ikan lain pon boleh)
-serai (titikkan)
-bawang putih (ketuk$
-bawang (hiris ikut saiz yg suka)
-tomato (potong 4)
-baby corn
-carrot
-cili padi
-cili padi
-kiub ikan bilis
-limau nipis
-daun limau purut
-daun sup
-garam
-air
Cara masak:
Dalam loyang masukkan ikan, carrot, baby corn, bawang putih dan bawang merah, kiub ikan bilis dan cili padi. Lepas tu tuang sedikit air agak-agak nak bagi ade kuah tapi jangan banyak sangat ye.. Lepas tu taburkan garam ala-ala manja dan perahkan limau nipis.. Last taburkan daun sup dengan daun limau purut. lepas tu kukus la hehe ..
Macam saya kukus guna multicooker anggaran 15 minit macam tu.. Gambo ni masa buat ikan stim ni 2 minggu lepas.. Gambo dah siap lupa nak snap sebab teruja sangat nak makan kan hehe..
Ok la.. Kalo anda ade resepi ikan masak stim version anda meh kongsikan dengan saya k.. selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment