Kredit: Ikahwin.my
Assalamualaikum
hai salam sayang semua. Today nak share sikit cara nak elak nafas berbau. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
5
cara elakkan nafas berbau
1)
Membersih dan memberus gigi
Jadikan amalan untuk memberus gigi dengan teratur. Anda juga harus rajinkan
juga untuk membersihkan gigi menggunakan benang flos atau flos pakai buang.
Dengan itu, segala kotoran yang membantu bakteria untuk hidup di dalam mulut
anda dibuang.
2)
Membersihkan lidah
Bahagian atas lidah adalah bahagian utama yang membantu mendatangkan
bau kurang selesa mulut anda. Rekahan lidah membantu bakteria untuk
bersembunyi. Jadi pergi dapatkan tongue cleaner untuk membersih bukan sahaja di
bahagian mulut dan gigi, malahan juga lidah.
3)
Chewing Gum
gula-gula getah boleh juga membantu mengatasi masalah bau nafas kerana
ia akan merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Cuba amalkan, dan rasakan
perubahannya nanti.
4)
Pemakanan
Cuba kurangkan pengambilan karbohidrat dan juga bawang putih serta
kopi. Kerana ia boleh merangsang untuk mendatangkan bau nafas. Banyakkan
pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan C seperti buah-buahan,
sayur-sayuran seperti manga, apricot, susu soya, orange, dan sebagainya.
5)
Air putih
Air putih mempunyai 1001 kelebihan. Sebenarnya air putih membantu
untuk membunuh bakteria jahat yang membuatkan nafas atau mulut anda berbau.
Amalkan pengambilan air putih sekurangnya 2 liter sehari. Dengan basahan mulut
anda yang kerap, akan melemahkan bakteria untuk hidup selesa di dalam mulut
anda. Jadi tiadalah bau nafas.
Ok
la, tu serba sikit cara nak elakkan nafas berbau. Tapi kena check juga
kadang-kadang nafas berbau ni tanda kita alamai masalah gusi atau gigi. Jumpa
la dengan doctor ye untuk dapatkan nasihat yang sewajarnya.. ok la .. ketemu
lagi next entry ya..
0 comments:
Post a Comment