Tuesday 26 May 2015

Jom kita kenali latar belakangmengenai Shaklee Corporation



  


Shaklee Corporation telah ditubuhkan pada 1956 dan merupakan salah satu syarikat MLM yang pertama di dunia. Produk pertama yang dicipta adalah pada tahun 1915 yang dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" yang diformulasikan dalam bentuk cecair ketika itu dan ditukarkan kepada tablet pada masa kini dengan diberi nama Vitalea.


Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. 


Jom lihat info ringkas mengenai Shaklee Corporation.

Latar Belakang Syarikat yang Baik
-Perintis dan pemimpin dalam pemakanan tambahan iaitu sejak 1955/56
-Syarikat yang tertua, terbesar lagi kukuh - NYSE/FORTUNE 50
-Pelopor dalam menjaga alam sekitar dan menekankan nilai murni dalam perniagaannya terutama dari segi penghasilan produk

Makanan Tambahan yang Semulajadi
-Produk semulajadi, bukan sintetik @ NON GMO
-Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan

Produk Berasaskan Peyelidikan


Lebih daripada 250 juta dibelanjakan untuk R&D dan mempunyai lebih 70 saintis yang dilantik untuk menjalankan produk penyelidikan

Memiliki pusat penyelidikan sendiri iaitu di :
-Hayward California
-Stanford Research Park

Penilaian semula oleh saintis, penyelidik bebas di institusi berprestij
-Chicago Medical School
-Yale University
-University of Texas
-University of Toronto

Lebih daripada 50 abstrak & penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal saintifik
 -90 Ujian klinikal bercetak
-50 tahun pencapaian kajiselidik membuktikan mereka yang mengamalkan Shklee mempunyai kesihatan yang lebih baik

Ujian Klinikal
-Satu-satunya syarikat yang melakukan ke atas semua produknya
-Terbukti melalui kaedah sains (products work)
-Bahan botanikal baru akan diuji oleh pihak ketiga

Piawaian Kawalan Kualiti yang Tinggi
 -Sehingga 176 ujian ke atas bahan mentah
-Sehingga 262 ujian kualiti ke atas setiap produk akhir (siap)
-100% jaminan kepuasan pelanggan


Siapa pemilik Shaklee Corporation yang terkini?
Pleasanton – Shaklee Corporation telah dijual oleh syarikat induknya Yamanouchi Pharmaceutical kepada sekumpulan pelabur swasta dengan harga US$310,000,000 . Syarikat Shaklee Corporation yang berpangkalan di Pleasanton ini dibeli oleh sebuah firma ekuiti persendirian, Ripplewood Holdings dan Activated Holdings. Roger Barnett, rakan pengurusan Activated Holdings, menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shaklee .

Roger Barnett menyifatkan Syarikat Shaklee sebagai “permata mahkota” industri pemasaran rangkaian dalam satu kenyataan akhbar yang lalu. Roger Barnett berkata syarikatnya telah meneliti hampir 75 syarikat yang berbeza di seluruh industry ini sebelum membuat keputusan untuk membeli Syarikat Shaklee .

Roger Barnett hanya berusia 39 tahun pada ketika itu. Beliau adalah Rakan Urusan Activated Holdings LLC, unit pelaburan bagi syarikat keluarga pegangan swasta yang menguasai lebih dari US$2 bilion dalam bentuk aset . Roger Barnett pada waktu itu mempunyai sepuluh tahun pengalaman dalam operasi perniagaan yang berdayamaju . Beliau memiliki ijazah sarjana muda dari Yale College, ijazah undang-undang dari Yale Law School dan MBA dari Harvard Business School.

Beliau memulakan kerjayanya di firma perbankan pelaburan, Lazard Freres & Co di mana beliau telah mengenalpasti Arked Inc , sebuah syarikat pewangian sebagai satu peluang pelaburan. Sepanjang tempoh enam tahun Roger Barnett bertindak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini, Arcade telah berubah menjadi syarikat pewangian yang terbesar di dunia, berkembang daripada operasi hanya di Amerika Syarikat untuk menjadi sebuah syarikat global.
Roger Barnett juga adalah pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Beauty.com, yang terus menjadi salah satu daripada peruncit internet utama dalam industri kosmetik. Roger dan keluarganya juga telah membangunkan satu syarikat bernilai US$9,000,000,000 dan 3 syarikat bernilai lebih daripada US$2 bilion setiap satu.

Roger Barnett juga telah dipilih sebagai “Global Leader For Tommorrow” oleh World Economic Forum ( Davos ) dan merupakan ahli komuniti pelaburan peribadi mereka. Beliau juga telah dipilih sebagai “Young Leader Forum Fellow” oleh U.S. Council on China Relations, dan merupakan ahli “Young President’s Association.”

Roger Barnett juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Persatuan Opera Metropolitan, ahli Majlis Penasihat Kesihatan, Columbia Presbyterian Hospital, dan ahli lembaga Kelab Harvard Business School of NY .

Wawasan Roger Barnett
Roger membeli syarikat Shaklee kerana dia tertarik kepada konsep pemasaran ini dan percaya ia adalah cara untuk MASA DEPAN.

Matlamat beliau adalah untuk menjadikan Shaklee # 1 di dunia.
Katanya: “Saya amat yakin bahawa potensi pertumbuhan kami adalah yang paling besar dalam industri ini. “
Shaklee adalah syarikat yang amat sempurna pada kedudukan dalam industri ini. Kami mempunyai sejarah yang terbaik dan masa depan yang amat cerah.

0 comments: