The sky
The sky or Langit.. Apa yang kita tau pasal langit? Kalo tanya pada saya, saya pon tak tahu macam mana nak explain.. so hari ni saya kongsikan sikit artikel yang saya baca tentang langit.. mari kita sama-sama belajar ye hehe...
Langit merupakan sebahagian atmosfera atau angkasa yang boleh dilihat dari permukaan mana-mana objek astronomi. Adalah sukar untuk mentakrifkan secara terperinci apa itu langit atas beberapa sebab. Pada waktu siang, langit Bumi kelihatan biru tua permukaannya hasil serakan cahaya matahari oleh udara. Langit kadang-kala ditakrifkan sebagai zon bergas lebih mampat di atmosfera planet. Pada waktu malam, langit kelihatan seperti permukaan atau kawasan hitam yang ditaburi bintang.
Pada waktu siang, Matahari kelihatan di langit, melainkan dilitupi awan. Di langit malam (dan adakalanya pada waktu siang) bulan, planet dan bintang kelihatan di langit. Sesetengah fenomena semula jadi yang kelihatan di langit termasuk awan, pelangi, dan aurora. Kilat dan pemendakan juga boleh dilihat di langit ketika ribut. Di Bumi, burung, serangga, pesawat, dan layang-layang selalu dikatakan terbang di langit. Akibat kegiatan manusia, kabut ketika siang dan sinaran cahaya ketika malam sering kelihatan di atas bandar raya (lihat juga pencemaran cahaya).
Dalam bidang astronomi, langit juga dipanggil sfera cakerawala, iaitu sebuah kubah khayal dalam mana bintang-bintang, planet-planet, dan bulan kelihatan bergerak. Sfera cakerawala terbahagi kepada rantau-rantau dipanggil buruj.
Ha, baru tau langit rupanya ade nama lain ye dak.. :)
#sayajualshaklee
Sid:908559
012-5932706
0 comments:
Post a Comment