Tuesday, 30 September 2014

Hari ke 15 - cabaran entry blog

BLOG I LOVE

Assalamualaikum salam sejahtera pembaca setia entry saya.. Hari ni saya nak share sikit cerita antara saya dan blog saya.. 

Sejujurnya sebelum ni saya memang tak tahu langsung apa-apa tentang blog.. Zero info.. Pernah dengar dari rakan-rakan yang rajin mengupdate blog mereka tapi tak pernah terlintas langsung yang saya akan mempunyai blog sendiri.. 

Saya mula mengenal dunia blog secara seriusnya melalui nany shaklee saya yang dikenali ramai dengan nama mama chrysalis nurul dari group butterfly.. Sebelum ni saya pernah buat blog ketika saya mula berkecimpung  dengan business shaklee awal tahun 2013 tapi dek kerana tak tahu  cara nak buat entry maka saya biarkan saja blog saya terbengkalai.. 

Lepas itu saya ade cuba belajar buat entry dengan sepupu saya namanya mama irish tp dek kerana tak paham juga maka saya biarkan sekali lagi blog saya bersawang.. Pada awal tahun 2014 sebelom menunaikan umrah pada bulan february mama nurul ada membuat pertandingan menulis entry blog selama 30 hari tapi malangya saya tidak konsisten dalam mengupdate entry..

Bulan july menyaksikan saya diuji allah dengan penyakit saya.. Sehingga kini saya masih berusaha untuk pulih seperti sedia kala.. Dalam usaha untuk sembuh ini, sekali lagi mama butterfly saya mengoffer pada yang betul-betul serius nak belajar buat blog tp kena konsisten dan mesti buat.. Saya berfikir skali lagi kenapa saya sangat sombong tak mahu belajar sedangkan upline saya dah menyediakan platform yang baik dan allah telah beri saya peluang sekali lagi untuk menuntut ilmu.. 


Dan hari ini dah separuh perjalan saya harungi untuk cabaran 30 hari entry blog.. Terima kasih kepada nany butterfly yang tak jemu memberi semangat kepada saya dalam keadaan kesihtan saya yang tak mengizinkan..  Terima kasih juga kepada otai-otai bloging yang sudi memberi komen dan tunjuk ajar malah sudi follow blog saya yang tak seberapa cantik lagi.. Terima kasih hanya allah yang mampu membalas jasa dan budi anda semua..

Pada saat dan ketika ini dan insyaallah selamanya saya akan sayang blog saya.. I love my blog :) panjang lebar dah celoteh , mana yang nak order produk shaklee jangan segan silu boleh roger saya ye.. 

Sekian coretan untuk hari ini

Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb: hanee's wardrobe




0 comments: