Monday 29 September 2014

Hari ke 14- cabaran entry blog

Warna kegemaran

Assalamualaikum salam sejahtera semua.. Bersiaran kita di hari yang indah.. Bersyukur kehadrat ilahi masih diberi kesempatan bernafas menghirup udara di bumi yang indah ini..

Tudia saya berfalsafah hehe.. Hari ni saya nak share dengan anda warna kegemaran saya.. Sebenarnya warna yang saya suka masa kecil dan masa dewasa ni berbeza.. Di zaman kanak-kanak memang kebiasaan kanak-kanak perempuan akan suka dengan warna merah jambu ataupun pink dan kanak-kanak lelaki akan suka dengan warna biru.. 

Apabila meningkat dewasa saya menyukai warna biru.. Bagi saya warna biru amat mendamaikan dan beri inspirasi kepada saya.. Ha mesti kat luar sana ada yang sama citarasa dengan saya.. Bagi penggemar warna biru jom kita tengok apa personaliti bagi penggemar warna biru..


Warna biru

Adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan. Orang yang berminat dengan warna biru ini lebih suka bersosial dan berkomunikasi dengan ramai orang.


Sumber : Pengertian warna dalam kehidupan 

Apa yang digambarkan diatas hanya sekadar gambaran sahaja .. Yang penting kita punya personaliti yang baik dan hidup dengan baik sudah memadai ye dak.. Ok lah panjang pulak celoteh hari ni.. Nak proceed order customer pulak lepas ni.. Ade sapa-sapa yang nak selit order produk shaklee boleh halo-halo saya ye.. 

Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb: hanee's wardrobe



2 comments:

Faiz Saaid said...

warna biru ni memang best bila pakai baju melayu

Unknown said...

Aah cantik, baju kurung pon cantik