Friday 26 September 2014

Hari ke 11-cabaran entry blog

Assalamualaikum salam sejahtera semua.. Hari ni rasa tenang sikit selepas kejadian yang tak diduga menimpa.. Apapon terima kasih yang mendoakan keselamatan kami..

Hari ni saya nak berkongsi sikit pasal lagi kegemaran saya masa sekolah dulu.. Dulu saya bersekolah asrama penuh., paham-pahamla sekolah asrama mana nak ade hiburan sangat.. Jd setiap hari minggu pengawas akan putarkan lagu-lagu nasyid tuk hilangkan tekanan kami hehe.. Masa zaman saya tu tengah hot kumpulan nasyid in-team dengan lagu-lagu yang sarat dengan pengajaran dan mesej-mesej yang baik.. Antara lagu kegemaran saya kasih kekasih, impian kasih, sutera kasih, siti khadijah dengan damba kasih.. Semuanya kasih-kasih hehe.. Jom scroll bawah saya kongsikan serba sedikit mengenai kumpulan ini..


Kumpulan In-Team merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid yang kebanyakannya berbahasa Melayu dan Arab.

Secara rasminya, kumpulan In-Team ditubuhkan dan bernaung di bawah HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT pada bulan Januari 1998.

Setelah beberapa kali tercalon pada majlis Anugerah Industri Muzik, akhirnya pada tahun 2010, Kumpulan In-Team berjaya merangkul anugerah menerusi lagu Dia Muhammad dan album Allahu Rabbi. Lagu Dia Muhammad diiktiraf sebagai Lagu Nasyid Terbaik manakala album Allahu Rabbi diangkat sebagai Album Nasyid Terbaik pada malam Anugerah Industri Muzik ke-17 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Latar belakang
Berasal dari Malaysia
Genre Nasyid

Pekerjaan Vokal / Pemuzik

Tahun aktif 1998 - 2000-an

Label HIJJAZ MUSIC ENTERTAINMENT

Ahli
Mohd Syahril bin Abdul Khalid (Syah)
Muhammad Hazamin bin Harun (Amin)
Abdul Rahim bin Osman (Rahim)

Bekas ahli
Mohd Suhaimi bin Saad (Suhaimi)
Hisyam bin Ahmad (Hisyam DeHearty)

Ha.. Saya dah kongsikan musik kegemaran saya.. Anda pula bagaimAna? :)

#sayajualshaklee
Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb: hanee's wardrobe












0 comments: