Showing posts with label tips detoks. Show all posts
Showing posts with label tips detoks. Show all posts

Tuesday, 19 April 2016

6 LANGKAH UNTUK KEKALKAN USUS SIHAT




Sudah menjadi tabiat saya jika saya makan di kedai atau gerai,  sementara tunggu makanan yang dipesan sampai saya akan belek suratkhabar. Tup tup saya jumpa satu artikel yang menarik, bertepatan pulak dengan kempen detoks yang dilancarkan oleh Shaklee. Artikel mengenai kekalkan usus yang sihat di harian metro...So hari ni saya akan kongsikan 6 langkah untuk kekalkan usus yang sihat dengan anda semua.



6 LANGKAH KEKALKAN USUS SIHAT


1. Makan lebih serat


Kenapa kita kena makan lebih serat? kehadiran serat dapat membantu melembutkan najis serta dapat mencegah sembelit serta mengurangkan simptom gangguan penghadaman seperti buasir dan sindrom iritasi usus. Sumber serat di dalam makanan seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buah dan sayur sayuran dapat membantu anda untuk mengekalkan usus yang sihat.



2. Banyakkan minum air



Serat bertindak seperti span yang menyerap air, tanpa cecair serat tidak dapat berfungsi dengan baik dan akan menyebabkan sembelit. Anda haruslah mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, dan pada bila-bila masa yang anda rasa dahaga. And kalo anda nak tahu air putih ni takde kalori tau!!



3.Hadkan pengambilan kafein




Minuman yang mengandungi kafien seperti kopi, kola dan minuman ringan boleh meningkatkan asid di dalam perut yang boleh lead kepada masalah pedih hulu hati. Dulu saya pon peminat tegar kafein ni, sekarang saya dah beransur hilang ketagih dengan pengambilan cinch tea mix shaklee :)




4.Dapatkan Pro dan Prebiotik secukupnya



Seperti yang kita tahu, dalam usus kita ni ade bakteria yang baik dan juga bakteria yang memudaratkan. So kita kena kekalkan keseimbangan antara keduanya.Macam mana nak kekalkan keseimbangan? jawapannya ambil makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogourt , susu kultur dan makanan yang kaya dengan prebiotik seperti bijirin penuh dan bebeberapa jenis sayuran contohnya bawang dan lik.



5. Makan diet berkhasiat yang rendah lemak.




Burger, sosej dan kentang goreng adalah contoh makanan yang berlemak tinggi yang melambatkan proses penghadaman. Pengambilan makanan yang tinggi lemak boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus! So makanlah makanan yang rendah lemak tau.




6.Banyakkan bersenam




Banyakkan aktiviti bersebam fizikal seperti berjalan, berlari dan menari ataupun sebarang senaman yang dapat meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung yang mana dapat juga memberi faedah kepada penghadaman anda. Ini dapat merangsang otot usus dan menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.


Itulah dia 6 langkah untuk kekalkan usus sihat. Actually ade satu lagi langkah yang boleh anda lakukan untuk kekalkan usus yang sihat iaitu dengan pengambilan vitamin. Macam saya semestinya saya consume vitamin shaklee. Nak tengok vitamin apa yang shaklee tawarkan untuk usus ni boleh KLIK SINI


oklah, kalo ade sebarang pertanyaan atau nak buat pembelian hubungi saya, ruzanna ditalian 012-5932706. Have a nice day ya :)





Monday, 18 April 2016

KEBAIKAN AIR DETOKS ATAU INFUSED WATER



Lately ni kita selalu dengar tentang air detox ataupun lebih dikenali sebagai infused water.  Infused water ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam.



Kebaikan infused water


§  Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan. Kena  buat selalu untuk nampak hasilnya.
§  Membantu untuk minum air masak.
§  Membantu untuk menambahkan metabolism badan.
§  Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.


Jenis buah dan herba yang ada khasiatnya yang tersendiri bila dibuat Air Detox




1) Lemon – membantu proses pencernaan dan menyegarkan nafas
2) Oren – membantu peredaran darah
3) Halia – imun booster
4) Rasberi – mempunyai ciri-ciri anti radang
5) Timun – membantu penghidratan dan penyingkiran toksin
6) Anggur – melawan kanser
7) Epal – mengekalkan kesihatan tulang dan tisu
8) Kulit Kayu Manis – penggalak metabolisme
9) Strawberi – anti oksidan
10) Limau – anti penuaan
11) Nenas – membantu melegakan sakit sendi
12) Pudina -menyokong sistem penghadaman



Membuat Air Detox Untuk Keperluan Yang Berbeza.




1) Untuk Pembakaran Lemak, Pencernaan dan Sakit Kepala – campurkan teh hijau, limau nipis dan daun pudina.
2) Untuk Menstabilkan Gula Dalam Darah dan Penghadaman – campurkan timun, strawberi dan kiwi
3) Untuk Penghidratan, Pencernaan dan Kawal Selera Makan – campurkan timun, lemon dan limau nipis.
4) Untuk Pertahanan Imun, Pencernaan dan Pedih Ulu Hati – campurkan limau nipis, limau dan lemon
5) Untuk Kempiskan Perut – campurkan timun, daun pudina, lemon dan halia



Selain infused water ni, pengambilan vitamin juga bole membantu proses detoks anda. Boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut mengenai vitamin-vitamin detoks.

Selain dari itu, untuk sebarang pertanyaan atau pesanan hubungi saya ditalian 012.5932706.

5 TIPS DETOKS PARASIT


Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, Parasit memberi kesan buruk kepada kesihatan kita. Samada kita sedar atau tidak , setiap hai kita terdedah kepada parasit yang masuk kedalam tubuh kita melalui pelbagai cara. So hari ni saya nak kongsikan 5 tips untuk detoks parasit.


5 TIPS DETOKS PARASIT




1. Sebelum makan, sila pastikan buah-buhan dan sayur-sayuran anda dicuci sebersih-bersihnya terutama buah & sayuran organik.





2. Elakkan makanan yang diragui kebersihannya.





3.Cuci tangan anda dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan makanan.





4. Mandi dan cuci anggota badan dengan bersih terutama selepas mandi di kolam awam.



5. berhenti atau kurangkan makanan pembiak parasit, contohnya:


  • Gula putih

  • Gandum dan sumber gluten
  • Makanan diproses

  • Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna

  • Makanan ringan

  • Minuman bergula

Semoga tips ini bermanfaat untuk kita. Untuk pengambilan vitamin pula, anda boleh KLIK SINI untuk melihat jenis vitamin yang sesuai untuk proses detoks anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan , hubungi ruzanna di talian 012-5932706.