Showing posts with label kesan-kesan obesitiI. Show all posts
Showing posts with label kesan-kesan obesitiI. Show all posts

Wednesday, 3 June 2015

Kanak-kanak obesit: Apa puncanya?

Kredit: Kumpulan Karangkraft



Assalamualaikum semua.. hari ni saya nak kongsikan info mengenai obesity dikalangan kanak-kanak. Ketika ini sedarkah anda masalah obesiti menjadi semakin serius di kalangan kanak-kanak dan remaja terutamanya di negara membangun? Masalah obes kalangan kanak-kanak sebenarnya mendedahkan mereka kepada serangan penyakit lebih awal.  Mengapa obesiti kalangan kanak-kanak ini berlaku.


Berikut antara puncanya.

Pemakanan


-Ia merupakan antara faktor utama obes. Ibu bapa perlu mendidik anak daripada kecil supaya mengamalkan pemakanan sihat dan hindari makan segera dan berkalori tinggi.

-Semakin pesat sesebuah negara, semakin banyak kemudahan yang disediakan. Segalanya berada di hujung jari. Makanan segera sewenang-wenangnya boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah.

-Restoran makanan segera yang boleh didapati dengan mudah mendorong anak-anak untuk mengunjunginya.

-Makanan yang masuk tidak sepadan dengan jumlah kalori yang keluar.


Genetik
-Faktor genetik bukanlah punca kanak-kanak obes 100 peratus.

-Selalunya kanak-kanak yang obes  mempunyai ibu, bapa atau kedua-duanya sekali yang turut mengalami masalah tersebut.


Gaya hidup
-Perkembangan arus teknologi menggalakkan anak-anak untuk duduk sahaja di rumah. Mereka lebih selesa bermain permainan komputer dan menghadap gajet-gajet yang disediakan ibu bapa.

-Berbeza dengan beberapa tahun sebelumnya. Mereka lebih suka keluar beriadah bersama teman di taman dan bersukan bersama-sama.


Psikologi


-Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan -makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti.
Keadaan ini juga sama bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.


Metabolisme
-Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.

-Selain itu, tanggapan masyarakat bahawa gemuk itu comel dan sihat semasa kanak-kanak harus ditepis kerana keadaan itu boleh berlarutan sehingga anak dewasa.  Gemuk dan tembam tidak bermakna jika anak tidak sihat!

-Obesiti kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun mungkin kelihatan comel.  Namun apabila mereka mula memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan sosial mereka apabila diejek rakan sekelas.  Malah anak juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu diejek.



Penyakit yang boleh menyerang kanak-kanak obesiti

Prader willi Syndrome


-Merupakan penyakit genetik.
-Walaupun umur masih terlalu kecil, mereka akan makan secara terus menerus sehingga mengalami masalah obesiti.
-Perkembangan dan pertumbuhan yang lambat.
-Lembab dalam pelajaran.

Pushing Syndrome
-Ia merupakan sindrom ketidakseimbangan hormon dalam badan.
-Juga berpunca daripada genetik.



Bagaimana membantu kanak-kanak bersenam



·         Jangan terlalu mengharapkan aktiviti pendidikan jasmani atau ko- kurikulum di sekolah. Ia tidak mencukupi! Lebih-lebih lagi kanak-kanak obesiti. Mereka biasanya sering diketepikan daripada mengikuti acara sukan dan sebagainya.
·         Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari. Ia bukan sahaja menyihatkan malah mereka pasti gembira melakukannya bersama-sama!
·         Kurangkan menonton televisyen.
·         Galakkan anak-anak bermain dengan kanak-kanak lain.
·         Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.


Keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan. Bukan mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi mengelakkan anak-anak berasa tertekan.


Moga info ini bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana.. Insyaallah next entry saya akan kongsikan set vitamin yang sesuai untuk mengatasi maslah obesity ini. Stay tuned!



Berminat untuk dapatkan produk Shaklee? Hubungi maklumat tertera

Id:908559
012-5932706
Fb: Hanee’s wardrobe


Monday, 1 June 2015

KESAN-KESAN OBESITI TERHADAP KITA

OBESITI 

Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa di Negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun. Percaya atau tidak, penyakit obesiti kian membimbangkan di kalangan rakyat Negara ini. (KLIK SINI UNTUK ARTIKEL OBESITI) Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun pelbagai implikasi negatif berpunca daripada obesiti.

KESAN OBESITI TERHADAP MANUSIA


Sakit Jantung

Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kitadan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi.Mereka yangmengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidaknormal Darah TinggiMereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan darahtinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yangrendah di dalam darah pengidap obesiti.Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.



Kanser

Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder , prostat, buah pinggang dan postmenopausal, breast kanser




Penyakit Kencing Manis

Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan danmempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudahterdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yangmungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkandengan tumor darah.




Emosi Tidak Stabil


Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan seringmenganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidakdapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lainKesan Obesiti Terhadap Kesihatan MentalMarkus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental.