Thursday, 2 November 2017

RESEPI SOTO AYAM MUDAH DAN CEPAT

gambar sekadar hiasan


Assalamualaikum, Salam sejahtera


Alkisahnya pagi ni, kenalan saya yang sedang mengandung a.k.a 'mak buyung' mesej ajak berjumpa. Berbunga-bunga tau hati maklumla lama tak jumpa walaupun duduk satu negeri. Nak dijadikan cerita beliau rupanya mengidam masakkan soto saya.


Sebenarnya masa kehamilan pertama beliau dulu pon mengidam soto juga. Maka tengah hari tadi saya membuat pecutan membeli barang nak buat soto. Resepi saya ni resepi yang mudah dan simple, jadi mungkin tak sama dengan resepi soto yang original.


Bahan-bahan:

1.Ayam- kalau nak senang beli isi ayam kalau takde boleh pakai mana-mana bahagian. (Ayam rebus sampai empuk. Air rebusan jangan buang ye. Dah siap rebus carikkan isi ayam, kalo ada tulang boleh masukkan nanti dalam kuah)

2.Sup bunjut 

3.Nasi Impit (saya suka pakai yang saiz kecil, jangan lupa rebus ye hehe)

4.Suun (yang ni goreng dengan minyak macam goreng keropok then simpan dalam bekas)

5.Kiub ayam (kalo tak nak pon tak apa)

6.Daun sup daun bawang (hiris halus)

7.Taugeh (celur dengan air panas)

8. Bawang besar, halia, bawang putih (kisar)

9. kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga

10. Minyak, air  dan garam


Cara nak masak kuah sup:

1.Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Lepas tu masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing.
3. Lepas tu masukkan air, sup bunjut dan kiub. Masukkan juga tulang ayam(jika ada)
4. Dah mendidih boleh rasa, kalo tak cukup masin boleh tambah garam. Saya tak masukkan garam sebab kiub ayam dah masin. Dah cukup masak boleh tutup api.
5. Potong nasi impit, letakkan taugeh daun sup daun bawang isi ayam dan suun lepas tu bubuh la kuah sup tadi. 

Kalau nak lagi umph boleh buat sambal kicap pedas. Terangkat masa makan.

Selamat mencuba ye :)


2 comments:

balqisy baklee said...

Nnt blk ipoh open order dlvry la.....

nor ruzanna Hanee said...

hihi boleh je sis