Hari ni saya nak kongsikan info mengenai buah-buahan yang membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Actually buah-buhan ni adalah jenis yang memang kita selalu makan dan mudah didapati.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita :)
Makan 5 jenis buah-buahan ini untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.
1. Pisang
Sebenarnya pisang kaya dengan vitamin A, Vitamin B dan Vitamin E yang bertindak sebagai agen anti-aging. Anda boleh memilih untuk melakukan facial dengan menggunakan pisang yang dilecek dan ditambah dengan madu untuk mendapatkan kulit yang glowing, best kan hehe. Selain itu, pisang juga kaya dengan fiber, mineral, magnesium dan postatium dimana ia membantu pengaliran darah yang baik serta membina imuniti.
2. Lemon
Lemon kaya dengan Vitamin C dan ianya mempunyai agen peluntur semulajadi yang baik untuk mencerahkan noda, parut jerawat juga memperbaiki tona kulit. Anda boleh mengamalkan satu gelas air yang ditambah dengan lemon dan madu sebelum sarapan untuk melawan selulit dan menyihatkan kulit dari dalam.
3.Oren
Oren juga kaya dengan Vitamin C dimana ia membantu meningkatkan tekstur kulit dan juga membantu memperlahankan penuaan kulit. Anda boleh menggunakan masker oren 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang cerah dan glowing.
4. Epal
Epal mempunyai kadar anti-oksidan yang tinggi dimana ia membantu menghalang kerosakan tisu dan bertindak sebagai agent anti-aging. Ia juga membantu mengurangkan kedutan di wajah. Epal boleh dijadikan sebagai hydrating face-mask tau. Caranya anda boleh campurkan jus epal dan madu dan sapukan dimuka , biarkan sehingga kering .
5. Betik
Betik juga merupakan salah satu sumber anti-oksidan. Ia membantu menaggalkan kulit mati Ada dua cara anda boleh gunakan betik untuk bermasker.
cara 1- sapukan bahagian dalam betik ke muka anda secara perlahan selama seminit untuk mengelupakan kulit mati, membersih dan melembutkan kulit.
cara 2- blender betik besama 2 sud madu atau yogourt dan gunakan misture ini sebagai masker anda. selepas 20 minit bilas muka anda dengan air suam ye :)
semoga info ini bermanfaat untuk anda.. selamat mencuba :)
0 comments:
Post a Comment