Assalamualaikum salam sayang semua
Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ni, hari ni saya nak kongsikan resepi nasi goreng mudah. Resepi ni tercipta masa saya dah terlampau lapar sangat hehe.. mudah aje potong campak-campak siap.Tengok pic kat bawah terliur tak hehe..
nasi goreng saya masak pagi tadi
Jom tengok bahan-bahan:
1. nasi
2. kiub ayam - saya guna kiub knorr
3. garam
4. sayur kubis & carrot ( nak add sayur lain pon boleh)
5. udang (nak bubuh ayam ke daging ke sosej ke pon boleh)
6. bawang merah- hiris
7. bawang putih-hiris
8. cili padi- hiris (ikut tahap kepedasan yang anda suka)
9. sedikit minyak
10. telur
Cara nak masak:
1. Panaskan kuali, buh dalam 2 sudu minyak (jgn bnyk sgt ye minyaknye) tumis bawang merah dengan bawang putih sekali dengan udang.
2. dah garing masukkan kiub ayam. saya hancurkan siap-siap diikuiti dengan secubit manja garam. kacau rata
3.lepas tu masukkan telur , kacau bagi jadi ala-ala scramble egg tu hehe.. dah masak telurnya masukkan nasi. kacau sampai rata.
4. lepas tu masukkan sayur kobis, carrot dan cili padi. kacau sebati lepas tu siap.
senang kan hehe.. ok la, stay tune for my next entry !
7 comments:
Lama tak makan nasi goreng u.hehehe..nanti free, buat la untuk i ank-beranak
hehe cubalah resepi org bujang
naie boleh aje nanti jumpa i masakkan :)
huhuhu kacang je masak nasi goreng :)
hehe kacang sebab bahan simple :)
kak hanee. kita ada quote kak hanee and copy sikit dari blog ni. thanks for the recipe btw! :D http://bluishisblue.blogspot.my/2016/07/resepi-nasi-goreng-simple-abc-123.html
ok dik fiqah.. silakan share :)
Post a Comment