Wednesday, 7 January 2015

Makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes atau kencing manis

Assalamualaikum hai semua

Hari ni saya nak kongsikan sedikit info tentang makanan yang boleh dimakan oleh pesakit diabetes.. Moga bermanfaat tuk kita semua..

Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  
 
Susu


Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 
 
Salmon 


Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.
 
Sereal atau Oatmeal


Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 
 
Blueberry


Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 
 
Brokoli 


Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah
 
Bawang Putih


Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.
 
MAKANAN YANG BEBAS DIMAKAN PESAKIT DIABETES
  • Semua jenis sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, kobis, kacang buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan sebagainya kecuali semua jenis ubi.
  • Semua cecair dan minuman tanpa gula seperti sup air, air kosong, teh, kopi kosong, kacang panjang, teh tanpa  gula, teh Cina, airlimau, air barli tanpa gula.
  • Perasa dan perencah seperti serbuk cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebagainya. 
  • Semua daging/ayam tanpa lemak, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Hadkan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut (udang, sotong, ketam, kerang, siput) dan organ dalaman (hati, otak, perut, limpa). 
 
PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 
 
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam. 
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 

(Sumber: majalah karangktaft)

Cadangan vitamin untuk mengawal diabetes:



GLA COMPLEX - menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B COMPLEX - menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

ZINC - membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.


dan if ada budget lebih boleh add on VITALEA, VITA C, ALFAFA, ESP dan CAROTOMAX 

VITA-LEA - Mengandungi imbangan dan mineral yang lengkap

VITA C 500mg - mengukuhkan kapilari dan salur darah dalam badan kita

ESP - membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko penghidap diabetes

ALFAFA - menstabilkan gula dalam darah

CAROTOMAX - menghalang penglihatan kabur

Tapi jika anda ade bajet lebih atau tidak mahu ambil banyak pil dalam satu-satu masa makan anda boleh mengambil vivix shaklee..



Untuk pesanan dan pertanyaan:

Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb:nor ruzanna hanee
Fb page: hanee's wardrobe



0 comments: