Wednesday, 31 December 2014

Atasi masalah jerawat dengan vitamin shaklee

Assalamualaikum salam sejahtera semua...

Jerawat boleh menambahkan stress bagi tuan empunya badan lebih-lebih lagi kepada wanita tak kira remaja mahupun dewasa. Bagi pelajar pula jerawat yang banyak menimbulkan rasa rendah diri dan mengurangkan motivasi untuk ke sekolah.

Ada yang mengaitkan jerawat dengan penyakit resdung dan alahan kepada makanan. Sebenarnyajerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di ruang muka, dada dan belakang..

Jika anda sudah buntu mencari jalan untuk mengatasi jerawat lebih-lebih lagi parut yang sememangnya boleh menghilangkan keyakinan diri, apa kata kita guna kaedah pengambilan vitamin semulajadi tanpa bahan kimia yang boleh memudharatkan pada masa akan datang..


Pemakanan dan Jerawat

Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.

Empat pemakanan tersebut adalah: 

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.


2. Minyak ikan membantu jerawat 
sembuh
Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.


3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.


4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.


Cadangan Suplemen:







Vitamin C
Vitamin C Shaklee yang didatangkan khusus dalam bentuk Sustained Release iaitu kaedah pelepasan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa berada dalam badan.
Pengambilan Vitamin C secara konsistent mampu membantu proses pencerahan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.

Vitamin B Complex

B Complex Shaklee terdiri daripada 8 vitamin B iaitu Thiamin (B-1) Riboflavin (B-2) Pantothenic Asid (B-5) Pyridoxine (B-6) folid Asid (B-9) dan Cobalamin (B12) serta biotin.
B-2 iaitu Riboflavin yang lebih dikenali sebagai Beaty Vitamin. Vitamin b sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut serta kulit kering. Ia juga turut mengatasi masalah kelesuan.


Vitamin E Complex

Vitamin E shaklee kini ditambah dengan ekstrak biji anggur yang sangat digalakkan untuk mereka yang pentingkan kecantikan. Ia turut membantu kulit agar kelihatan lebih muda.

Ia juga merupakan anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel. berfungsi merawat dan mencerahkan kesan parut serta membantu dalam penyerapan oksigen.


Untuk pertanyaan atau pesanan, sila hubungi:

Id:908559
Fb: nor ruzanna hanee
Fb page: hanee's wardrobe

0 comments: