Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan. Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.
Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.
1. Lakukan secara sambilan
1. Lakukan secara sambilan
Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.
2. Cuti tanpa gaji
2. Cuti tanpa gaji
Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.
3. Menjana pendapatan sampingan
Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.
Berikut beberapa saranan sebelum anda bermula wahm atau soho sepenuh masa.
· Mengenalpasti akaun aktif dan akaun pasif
· Menyimpan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 tahun awal (selepas berhenti kerja). Simpanan ini anda tentukan sejak anda bekerja dan meletakkan tarikh sekian-sekian untuk berhenti kerja dan memulakan wahm atau soho.
·Membuat penyelarasan semula, contohnya, suami akan menampung akaun aktif manakala isteri akan menjana pendapatan pasif.
· Melakukan kerja sambilan untuk menjana pendapatan aktif, manakala sepenuh masa untuk pendapatan pasif.
· Membuat dua tabungan, satu tabungan persediaan 3 tahun kecemasan (sebelum berhenti kerja), dan satu lagi tabung modal permulaan sebelum berhenti kerja.
·Sangat penting mendapatkan seberapa banyak informasi berkaitan pengurusan kewangan sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan soho secara sepenuh masa.
·Sekiranya kewangan kembali tidak stabil, anda boleh kembali bekerja untuk menampung semula akaun aktif dan rancang semula pengurusan kewangan. Tidak ada istilah terlewat dalam melakukan perubahan. Bukan berapa banyak kita menjana pendapatan, tetapi bagimana cekap kita menguruskan kewangan.
Kalau tanya saya, saya sekarang sedang dalam proses nak buat SOHO dekat rumah.. Untuk jadi WAH pon dalam perjalanan.. Moga dipermudahkan olehNya.. Amen.. Ade nak beli produk shaklee? Roger saya ye :)
Id:908559
0 comments:
Post a Comment