Saturday, 4 October 2014

Hari ke 19- cabaran entry blog

Kenanganku

Assalamualaikum.. Hai semua.. Tongah buek apo tu? Hehe cakap nogori pulak.. Entry hari ni.. Kenanganku.. Kenangan zaman kanak-kanak.. Sambil Menaip entry ni nak tergelak pon ade.. Macam-macam kenangan pahit dengan manis masa kecik-kecik dulu :)

Kenangan manis zaman kanak-kanak saya, macam cliche tp tu lah kenangan paling manis saya kalo tak silap Masa darjah 5 atau 6 ke darjah 4 lupa dah hehe sebab tak snap gambar time tu saya menang hafazan al-quran no dua.. Masa tu balik rumah bawak piala dengan hadiah.. Tunjuk kat mak abah.. Menangis kedua ayahanda dan bonda.. Masa tu kami bukan orang senang.. Hadiah ciuman kasih sayang dari keduanya amat bermakna buat saya.. Masakan tidak masa nak hafal surah-surah sampai nangis tersedu sedan masa mak ngan abah ajarkan..



Haaa tengok gambar tangan saya kat atas ni buat saya teringat kenangan pahit masa kecik-kecik dulu.. Alkisahnya masa tu cuti sekolah.. Time cuti sekolah memang kami tiga beradik akan balik kampung duduk rumah opah.. Main punya main dengan sepupu semua tekak rasa dahaga.. Dah duduk kampung air kelapa la jadi penyaman tekak.. Opah dah pesan tunggu dia balik kedai baru dia kopekkan kelapa muda bagi saya minum.. Tp kerana degil saya ambil parang yang tajam dekat dapur lalu hayun sekuat hati sambil tgn kiri pegang buah kelapa konon tiru aksi opah.. Tetiba rasa pedih.. Rupanya tanganku yg terkopek bukan kelapa.. Apa lagi nangis jela yang boleh.. Pegi klinik tak kena jahit luka bercantum meninggalkan parut hingga kini.. Pesan saya janganla ingkar arahan orang tua ye.. Pengajaran tuk diri saya sendiri juga huhu..


Yg atas ni masa saya kecik-kecik comel tak hehe:) ok la wait for my next entry.. Tata

#sayajualshaklee

Id:908558


2 comments:

Faiz Saaid said...

comel comel

Unknown said...

Comey cam hindustan hihi