Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Tuesday, 9 December 2014

Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Vitamin


 
 
 
 
Assalamualaikum semua hai bersiaran hari ni kita nak tengok tanda-tanda kekurangan vitamin dalam tubuh badan kita…

Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Vitamin:


KUKU MUDAH PATAH

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

MATA TERASA KERING

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

BIBIR PECAH-PECAH

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

KULIT MEMERAH & BERMINYAK

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

JERAWAT

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

RAMBUT NIPIS

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

KELEMUMUR

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

MATA MERAH

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

LUKA LAMBAT SEMBUH

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010

Saya dulu pun tak pernah nak jaga kesihatan tubuh badan.. Sekarang saya dah sedar pentingnya vitamin dalam kehidupan seharian kita.. saya dah anda pula bila????

 

Nak order Shaklee atau sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Id:908559

0125932706


fb: hanee’s wardrobe



Friday, 24 October 2014

16 days photo challenge- day 8

Black and white

Hai semua.. Buat apa tu? Harap semua sihat hendaknya ye.. Hari ni nak short story sikit pasal black and white or hitam putih.. 

Alkisahnya saya ni dulu-dulu sedikit 'gerhana'.. Selalu jadi bahan usikan.. Kadanag-kadang tu sampai teriak kena usik..sabo jela.. Actually masa kecik tak la gerhana sangat tapi bila masuk sekolah menegah aktif sangat sukan sampai gelap jadinya.. 

Bila dah meningkat umur baru la sibuk cari produk itu ini nak pulihkan balik kulit.. Sampai terhakis kulit la akibat salah pakai produk.. Alhamdulillah setahun yang laku saya diperkenalkan dengan shaklee.. Walaupun kesannya lambat tp alhamdulillah dari gerhana bertukar ke coklat hehe.. 


Sebelah kiri tu gambar lama saya time gerhana yang sebelah kanan gambar terkini time raya hari tu.. Shaklee produk semulajadi yang selamat dan berkesan.. Nak tau saya consume apa?! Boleh roger  nanti saya kongsikan..

Bertemu lagi disiaran seterusnya.. Hooolaaa :)

Id:908559
zannahoney@yahoo.con
fb: hanee's wardrobe


Friday, 17 October 2014

16 days photo challenge- day 2

Something blue

Salam sayang hai semua.. Wah tengok tajuk hari ni macam-macam bermain difikiran tapi jangan otak blue sudahla hehe...

Entri sebelum ni saya penah dah story biru memang warna favourite saya.. Tapi ade satu biru yang saya tak suka sangat..!!


Tengok gambo kat atas biru tu la yang saya tak suka sebabnya bila dapat biru tu tanda saya kena warded, masuk hospital.. Taknak la dah dapat gift biru tu lagi dah.. Huwahuwahuwa.....

Ok la bertemu lagi kita nanti.. Nak setelkan order customer jap.. Ada yang nak order lagi produk shaklee boleh contact ye :)

Id:908559
Fb:hanee's wardrobe
zannahoney@yahoo.com

Wednesday, 15 October 2014

Hari ke 30- cabaran entry blog

Kenapa saya suka tulis blog?!


Assalamualaikum salam sayang semua.. Hari ni sedar tak sedar dah hari yang ke-30 saya sahut cabaran berblogging.. Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan dan menyahut cabaran 30 hari berblog.. Ini semua atas dorongan mama shaklee saya, mama chrysalis nurul dan mama asilah tak lupa juga dorongan dari mak abah dan keluarga.. Tak lupa juga pada team kami bloggers hebat banyak memberi tips dan semangat untuk menyiapkan tugasan..


Sekarang ni memang saya dah jatuh cinta dengan blog.. Kenapa?! Sebab:

1-sebelum nak tulis entry saya mesti dapatkan info untuk entry saya, so secara tak langsung saya dapat menambahkan ilmu 

2- bila nak tulis entry ni umpama berkarya.. Jadi saya belajar macam mana nak tulis entry yang mudah dan senang untuk dibaca.. 

3- bila tulis entry ni perlu konsisten dan dapat mendisiplinkan diri saya.. Walaupun ada sesetengah entry saya schedulekan, tp saya tetap tak biarkan tiada entry yang tak dipublishkan setiap hari.. Insyaallah selepas ini saya skan praktikkan juga ke fb page saya

4- bila berblog ni saya dapa kongsikan pengalaman diri saya dan juga keluarga.. Seronok dapat expresskan dan kongsi info yang bermanfaat kepada semua

5- dengan blog saya dapat tambah kenalan.. Walaupun saya baru bermula tapi ada otai blog yang follow saya bagi semangat dekat saya:) sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan


Saya sudah mulakan langkah pertama saya.. Anda diluar sana pun boleh buat lebih baik dari saya.. Ketika ini saya masih lagi belajar untuk buat blog yang bermanfaat untuk semua.. Terima kasih atas dorongan semua.. Luv u all:)



Saturday, 11 October 2014

Hari ke 26- cabaran entry blog

KIDS





Assalamuaikum hai semua salam sayang dari saya.. Hari ni nak citer sikit pasal anak-anak or kids.. Hehe walaupun saya masih bujang dan belum punyai zuriat, kat sini saya nak kongsikan sikit antara kesalahan dalam mendidik anak-anak.. Moga bermanfaat untuk kita semua..

Ada beberapa kesalahan yang harus kita hindari dalam mendidik anak menurut islam agar anak dapat tumbuh dan berkembang menjadi anak yang beriman, soleh dan berakhlak mulia. Berikut 10 kesalahan orang tua dalam mendidik anak-anak mereka menurut islam.

1. Memberi didikan yang tidak seimbang
Tidak seimbang antara didikan jasmani (fisik), rohani (keagamaan) dan keilmuan. Saat ini banyak orang tua yang lebih mementingkan pendidikan ilmu (misalnya matematika, ipa, bahasa inggris, dll) dari pada pendidikan keagamaan.

2. Menegur anak secara negatif
Mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak saat kita marah karena kesalahan yang diperbuat anak. Janganlah kita membandingkan anak kita dengan saudaranya atau anak orang lain.

3. Tidak tegas dalam mendidik anak
Tidak menjadwalkan kegiatan harian yang positif bagi anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktivitas saja tanpa memperhatikan perasaan mereka.

4. Kurang mengawasi acara TV ataupun video yang ditonton anak.
Pengawasan terhadap apa yang ditonton anak sangat penting, kerena saat ini banyak acara TV menonjolkan akhlak yang kurang baik, seperti pergaulan bebas, pakaian yang tidak sesuai kaidah agama dan perbuatan yang tidak pantas ditonton anak-anak.

5. Tidak mengajarkan kebiasaan yang baik di rumah 
Tidak pernah mengajar anak untuk memberi dan membalas salam, makan bersama, solat berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. 




6. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak.
Rasulullah sering membelai cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: 
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Agra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Agra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Agra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai orang tua kitalah yang akan ditanyakan mengenai anak-anak kiata di akhirat kelak. Oleh karena itu menjadi kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

8. Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapaknya.

9. Penampilan diri yang kurang baik dan kurang pantas.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang pantas dan yang sesuai syariat bila berada di rumah, yaitu berpakaian yang tidak rapih dan seksi di hadapan anak-anak.

10. Membiarkan orang yang tidak baik sikap dan perbuatannya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. 
Hal ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.

Moga bermanfaat.. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

#pengedarshaklee
Id:908559
Fb: hanee's wardrobe
zannahoney@yahoo.com

Friday, 10 October 2014

Hari ke 25 - cabaran entry blog

Sumber inspirasi

Setiap orang didunia ni mesti ada sumber inspirasi tersendiri sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan. Bagi yang sudah bekeluarga isteri atau suami dan anak-anaklah sumbet inspirasi. Bagi saya yang masih bujang mak dan abahlah sumber inspirasi dan kekuatan saya untuk menempuh cabaran di hari mendatang..


Tiada ternilai pengorbanan mak dan abah membesarkan saya adik beradik.. Kami yang dulu bukanlah yang sekarang.. Alhamdulillah berkat usaha abah dan emak berjaya keluar dari kepompong hidup dalam kesusahan dengan berniaga.. Mungkin sebab itulah darah business mengalir dalam tubuh saya..

Sejak saya mula terjebak dalam business shaklee ni, mak dan abah memberi dorongan dan semangat tak terhingga walaupun sales saya tidak setinggi gunung namun saya bersyukur dengan pemberianNya.. Abah kata usaha tangga kejayaan , mak kata buat sungguh-sungguh.. Kejayaan tak datang bergolek.. Bersusah dahulu bersenang kemudian.. Insyaallah ..

Ok lah, nak celoteh panjang rasa sebak dah ni.. Mana yang berminat nak join shaklee bleh roger ye.. Adioss :)

Id:908559
zannahoney@yahoo.com
Fb: hanee's wardrobe