Showing posts with label set sendi shaklee. Show all posts
Showing posts with label set sendi shaklee. Show all posts

Sunday, 2 October 2016

CARA HILANGKAN SAKIT SENDI

CARA HILANGKAN SAKIT SENDI




Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai radang sendi merosot atau penyakit sendi merosot atau osteoartrosis, ialah sekumpulan keabnormalan mekanikal melibatkan degradasi sendi,[1] termasuk rawan sendi dan tulang subkondral. (WIKIPEDIA)

Masalah osteoartritis terutamanya sendi lutut adalah masalah sendi dan tulang yang paling kerap dijumpai. Pemeriksaan serta rawatan awal adalah amat penting untuk mencegah kerosakan yang keterlaluan pada permukaan sendi.


Tanda-tanda dan Gejala-gejala Penyakit Osteoartritis
Gejala-gejala yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak, sakit panas dan sukar untuk digerakkan.
Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk di atas bangku dan kadang-kadang sakit tersebut menjadi bertambah serius. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.

ATASI SAKIT SENDI (Osteoartritis) DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Untuk pengetahuan anda, advance joint health tablet belum ada stok lagi dipasaran kita untuk sementara waktu. Jangan risau kerana anda boleh consume omega guard dan ostematrix (sila rujuk dibawah) untuk atasi sakit sendi anda.

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix
 Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di: 012-5932706

Wednesday, 7 January 2015

KECEDERAAN SENDI- APA PUNCANYA?

Assalamualaikum salam sayang semua...




 

Kecederaan sendi boleh dialami dalam pelbagai cara iaitu nyeri, sakit pada lutut, pergelangan tangan mahupun belakang badan. Penjagaan yang sesuai ialah memahami bagaimana dan mengapa sendi anda sakit.

Pemain bola keranjang, bola sepak, penari, pemain tenis dan skuasy antara atlet yang selalu mengalami kecederaan sendi. Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berisiko tinggi yang mengenakan banyak tekanan terhadap sendi seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan siku menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kecederaan. Persoalannya ialah, bagaimana perkara ini membimbangkan anda?

Jika anda pengunjung tetap gimnasium atau berjoging di sekitar kawasan perumahan pada waktu petang, anda juga mempunyai sebab untuk bimbang.
Kekerapan sesi latihan harian boleh memberi kesan kepada sendi. Bagaimanapun, takut pada kecederaan tidak sepatutnya menjadi faktor penentu anda menjaga kesihatan fizikal.

Kini ada cara mudah untuk mengurangkan risiko kecederaan sendi iaitu dengan penggunaan pendakap dan alat sokongan yang direka khas untuk sendi.

Jika anda mengetahui anda mempunyai buku lali atau pergelangan tangan yang lemah, lebih baik sokong sendi itu ketika latihan. Selain memberi ketenangan fikiran, sokongan tambahan ini membantu anda mencapai tahap lebih tinggi daripada yang anda boleh lakukan tanpa alat sokongan.

Memilih alat sokongan yang betul untuk kecederaan adalah penting. Ia tidak semudah memakai sebarang pendakap yang dikeluarkan daripada kilang. Pilihlah pendakap atau alat sokongan sesuai dengan tahap kecederaan anda.


Perbezaan tahap kecederaan sendi

Kecederaan sendi asas — Masalah sendi paling asas termasuk terseliuh, ketegangan dan bengkak, yang mana ia boleh dikurangkan dengan hanya memakai satu alat sokongan yang memberi kelegaan dan mampatan. Produk yang menawarkan mampatan ringan, sokongan dan pengekalan haba secara terapeutik banyak membantu dalam melegakan seliuh kecil dan ketegangan otot, malah ia juga dapat melegakan ketidakselesaan daripada atritis.

Kecederaan sendi sederhana memerlukan sokongan yang tahap mampatannya boleh dilaras supaya anda boleh mengubah tahap sokongan bersesuaian dengan keperluan anda. Alat sokongan penstabilan anatomi yang dipasang harus digunakan, terutama dalam kes kecederaan tekanan yang berulang. Alat sokongan jenis ini boleh membantu mengelakkan berulangnya kecederaan dan sangat sesuai untuk mereka yang terbabit dalam jenis sukan yang memerlukan latihan secara tetap.

Bagi mereka yang mengalami kecederaan serius atau baru pulih daripada kecederaan, mereka memerlukan produk yang menawarkan penyerapan kejutan selain kemampatan dan sokongan penstabilan untuk menyembuhkan kecederaan dan pada masa sama, mencegah kecederaan itu berulang. Sokongan lebih teguh diperlukan dan jenis alat sokongan perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati.

Menjaga sendi adalah cara bijak untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pelajari cara melindungi sendi dan mengelak kecederaan untuk kekal sihat supaya anda dapat menikmati tahap fizikal paling baik untuk tahun mendatang.


Bagaimana jaga sendi pada usia lebih 65 tahun?

Jika anda berusia 65 tahun atau lebih, penjagaan tambahan diperlukan untuk mengekalkan sendi sihat dan meminimumkan ketidakselesaan yang boleh menimbulkan masalah lebih serius.

Adalah normal ketegangan pada sendi mula dirasai apabila usia meningkat. Kesakitan boleh berpunca daripada kecederaan lama yang dialami bertahun-tahun dulu, daripada sejarah keluarga yang berpenyakit sendi seperti osteoartritis dan artritis reumatoid atau mungkin juga daripada diet rendah kalsium yang menyebabkan terjadinya osteoporosis.

Kunci bagi mengurus sakit sendi ketika tua ialah dengan memahami puncanya. Dengan mengetahui kombinasi perubatan dan perubahan gaya hidup harian sesuai serta melindungi sendi anda dengan sokongan dan pendakap yang betul dapat membantu mengurangkan kesan sakit sendi.


Memahami punca sakit sendi

Beberapa punca paling biasa sakit sendi adalah seperti berikut.
Kecederaan lama sering menjadi punca sakit sendi. Ia mungkin bekas kecederaan yang dialami ketika bersukan atau akibat kemalangan.

Sendi yang lemah adalah kesan paling biasa kecederaan lama. Untuk melindungi diri daripada diserang kesakitan ketika hujan pada waktu malam, disarankan supaya sokongan yang ringan atau sederhana digunakan dalam bentuk sokongan atau pendakap yang direka khusus untuk sendi berkenaan. Mampatan, sokongan dan haba terapeutik baik untuk membantu melegakan rasa sakit dan memberikan keselesaan.

Artritis ialah satu lagi faktor sakit sendi. Artritis mula dikesan pada usia lanjut akibat daripada penggunaan sendi harian biasa. Walaupun bermula dengan tulang rawan, ia akhirnya menyebabkan dua tulang bertentangan menghakis satu sama lain.

Untuk keadaan artritis dan osteoartritis yang biasa, terapi fizikal untuk menguatkan otot dan sendi sangat membantu manakala jenis sokongan sesuai sangat penting. Cara memilih sokongan yang diperlukan berbeza mengikut tahap parah rasa sakit.

Ada pelbagai pilihan sokongan di farmasi yang menyediakan tahap sokongan berbeza, bergantung kepada keperluan anda.

Osteoporosis lebih kerap berlaku pada wanita. Ia penyakit tulang yang menyebabkan peningkatan risiko patah tulang. Cara lebih mudah untuk memahaminya ialah kepadatan mineral tulang yang merosot menyebabkan tulang menjadi lebih rapuh dan lebih terdedah kepada kepatahan, terutama di sekitar sendi yang mana wujud paling banyak pergerakan.

Menggunakan produk yang memberikan sokongan dan mampatan yang boleh dilaras dapat membantu melindungi sendi lemah sehingga anda dapat bergerak dengan bebas dan yakin.

Memahami punca sakit sendi ialah langkah pertama mencari kaedah mengurangkan kesakitan. Berunding dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang kaedah perubatan atau rawatan kecederaan.

Ingat, senaman pada kadar sesuai disertai dengan sokongan atau pendakap yang betul dapat membantu anda menjalani cara hidup yang anda inginkan.

 
(sumber: mymetro)

 

Vitamin membantu penjagaan kesihatan sendi
 
 
 

Kenapa Set Kesihatan Sendi?

Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberikan kekuatan dan struktur sendi

Membantu mengekalkan tulang yang kuat

Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi

MENGANDUNGI SEMUA NUTRIEN YANG DIPERLUKAN UNTUK KESIHATAN SENDI

 

    Saya pengedar shaklee:

    Id:908559

    012-5932706


   fb: nor ruzanna hanee
 
   fb page: hanee’s wardrobe