Showing posts with label MY LOVE. Show all posts
Showing posts with label MY LOVE. Show all posts

Friday, 12 June 2015

Percutian ke pulau langkawi: apa yang menarik?

Assalamualakum, hai salam sayang semua..

Actually hari ni nak story sikit, baru-baru  ni saya dengan family pegi bercuti ke pulau langkawi a.k.a pulau lagenda.. Hehe rasanya kebanyakkan semua dah sampai ke sini ye dak.. Kami pon selalu jugak la bercuti disini cuma percutian kali ni family lengkap semua ikut skali,percutian sebelum tambah ahli baru dalam keluarga kami..

kami adik beradik dengan kak ipar posing dalam feri kuala perlis-langkawi


Nama pon dah bercuti kompem banyak tempat nak berjalan.. Tempat utama yang kami nak pegi muzium3D.. Sebab baru lagi opening nye kan hehe.. Takot kgk sesat sebab tak penah pegi.. Rupanya mudah aje nak pegi sebab satu tempat dengan cable car langkawi.. Memang senang la skali jalan je kata orang..

mak dengan abah posing manja

Best tau muzium ni , seronok kami 6 beranak posing sakan hee.. Kita dari pagi  kami keluar dari hotel, naik cable car lepas tu masuk muzium ni sampai ke tgh hari jugak la, penat tapi seronok..

adik ajar cara nak posing hehe


Lepas tu kami menyusul ke taman buaya.. Dulu masa kecik abah dengan mak bawak tengok buaya bujang kawi kot namanya(lupa dah) , sekarang dah tak ada (lama dah kan) .. Seram sejuk jugak la masuk taman ni tengok buaya.. Kita tengok dia, dia pon tengok kita huhu.. dekat bawah pondok penerangan ade sekor buaya besar yang dah diawet dok dlam bekas berkunci, besar nye ya amat takot tengok hehe..

Sementara nak balik ke hotel dari taman buaya tu kami singgah jap kat tepi pantai ni (nama lupa dah) posing jap ambik angin hehe..

saya posing konon hehe sambik angin bertiup sepoi bahasa

Lepas tu aktiviti lain kami ke padang maksirat, wildlife park, tempat orang perempuan suka hehe : idaman suri, hj ismail group.. Tempat lain yang ada tapi kami tak melawat sebab dah selalu masuk makam mahsuri, under waterworld dengan telagaa 7.. Actuallay banyak lagi yempat menarik dekat langkawi ni nak sebut satu persatu panjang karangan nanti hehe..


posing lagi dekat lobi myhotel pekan kuah

Apapon mana juga destinasi yang anda pergi saya doakan anda selamat pergi selamat pulang, and give your best for bonding with your family k.. Lupakan la kejap gajet anda (ni kata kat diri sendiri jgk hehe) insyaallah anda akan rasa bahagia dengan orang tersayang..

Ok la, nak sambung buat keje.. Petang ni nak cod vitamin dekat customer.. Nanti kita sambung lagi ya next entry.. 

Stay tuned!


Sunday, 21 September 2014

Hari ke 6- Cabaran entry blog

MY LOVE

Dalam kehidupan setiap insan pasti ada orang yang disayangi.. Tipu la kalo kata tak de ye dak.. Di kala meniti usia 30an ni ramai kenalan yang sudah berumahtangga, punyai anak, punyai suami atau isteri yang mereka sayang.. Walaupun saya tak punyai pasangan, namun saya bersyukur saya mempunyai keluarga yang menyayangi saya, menatang saya bagai minyak yang penuh, malahan mengutamakan saya dalam segenap hal semasa saya sakit.. Alamak tertouching lak sambil menangis menaip entry ni huhu.. 


Gambar kat atas ni menggamit kenangan ketika saya bergraduasi.. 

Abah saya seorang yg garang tp peramah.. Emak saya pon peramah penyayang, abang pulak ibarat taiko besar dan yang terakhir adik saya seorang yang sangat manja dah nama pon adik kan..Adik saya banyak berkorban masa tenaga menjaga saya di hospital berulang alik dari tempat kerja ke hospital semata-mata nak jaga saya..bukan dekat ipoh-lumut perjalan memakan masa sejam lebih.. Hanya Allah dapat membalas jasa dan budi keluarga saya huhu..

Saya tak ade apa-apa yang istimewa nak diberikan kepada keluarga saya.. Yang saya ade vitamin-vitamin shaklee.. Saya berikan abah omega guard, emak vivix, abang saya papermint gingger bcomplex alfalfa  lecithin dan adik saya vitamin c dengan esp.. Apalah sangat bagi vitamin shaklee kepada mereka jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka yang tidak ternilai.. Kepada yang diluar sana, hargailah keluarga anda.. Sape kata yang married je boleh bahagia, yang single pon boleh bahagia kalo pandai menghargai orang sekeliling anda.. Ok la, stop kat sini dulu.. Tak larat nak nangis dah .. Hingga ketemu lagi.. Tata...

Id:908559
Fb:hanee's wardrobe
zannahoney@yahoo.com