Assalamualaikum
semua hai bersiaran hari ni kita nak tengok tanda-tanda kekurangan vitamin
dalam tubuh badan kita…
Tanda-Tanda
Tubuh Anda Kekurangan Vitamin:
KUKU MUDAH PATAH
Bila kuku mudah patah, ia mungkin
disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential.
Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada
daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya
ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini
berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid
MATA TERASA KERING
Sering kita terasa mata pedih atau
kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata
tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil
vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang
berwarna hijau, kuning atau oren.
PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6
dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya
anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.
BIBIR PECAH-PECAH
Bibir pecah-pecah sering dianggap
sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan
kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk
susu.
KULIT MEMERAH & BERMINYAK
Kemungkinan, anda mengalami keadaan
ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba
ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.
JERAWAT
Timbul jerawat pada bahagian wajah
bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit
muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin
E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan,
makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
RAMBUT NIPIS
Kekurangan zat besi atau zink boleh
menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu
dan kerang.
KELEMUMUR
Kulit kepala berminyak serta
himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain
itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan
kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/
oren, daging, ikan dan produk susu.
MATA MERAH
Mata yang merah sering dianggap mata
yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata
yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2.
Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan
hijau.
LUKA LAMBAT SEMBUH
Kemungkinan, anda kekurangan zink.
Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk
mengatasi masalah ini.
Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010
Saya dulu pun tak pernah nak jaga
kesihatan tubuh badan.. Sekarang saya dah sedar pentingnya vitamin dalam
kehidupan seharian kita.. saya dah anda pula bila????
Nak order Shaklee atau sebarang
pertanyaan boleh hubungi:
Id:908559
0125932706
fb: hanee’s wardrobe
0 comments:
Post a Comment