Showing posts with label kebaikan b-complex. Show all posts
Showing posts with label kebaikan b-complex. Show all posts

Friday, 12 May 2017

SAKIT KEPALA MELAMPAU BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN VITAMIN SEMULAJADI



Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.







Tanda-tanda migrain

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata . 
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


Vitamin shaklee yang membantu kurangkan kesakitan migrain






Saya kongsikan satu testimonial bagaimana mengurangkan kesakitan migrain dengan vitamin shaklee


TESTIMONI: MIZAN ADLIA

SAKIT KEPALA MELAMPAU BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SET MIGRAIN SHAKLEE



Assalamualaikum W.B.T


Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana. 


Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sakit tersebut dan juga hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.


Migrain semakin teruk

Lama kelamaan saya dapati migrain saya semakin kerap menyerang. Saya tidak boleh terlalu sejuk, tidak boleh terlalu panas, keadaan yang terlalu bising juga akan menyebabkan 
migrain saya menyerang. Apatah lagi ketika lapar.


Keadaan semakin teruk apabila saya memasuki alam pekerjaan. Saya akan mengalami migrain sehingga berhari-hari walaupun 4- 5 biji panadol saya telan (2 biji sekali ambil dan kebiasaannya dalam tempoh 1 hari). Kadangkala sudah mengambil ubat tahan sakit, migrain saya tetap tidak hilang.


Menarik-narik rambut, tidur dalam gelap, tidur dengan air mata, muntah memang itulah situasi biasa yang akan dialami ketika diserang migrain apabila saya merujuk masalah saya kepada doktor, doktor memberikan saya ubat migrain yang dikenali sebagai Caffox dan juga ubat tahan sakit iaitu Ponstan. Saya perlu makan kedua-dua jenis ubat ini kerana jika makan salah satu, migrain saya tidak akan pulih.
.

Menurut doktor yang merawat saya perlukan Caffox kerana Caffox akan melancarkan aliran dari ke otak manakala Ponstan sebagai ubat tahan sakit. Tetapi akibat pengambilan Ponstan, saya di serang gastrik yang melampau. Saya perlu makan makanan berat 
secukupnya sebelum dan selepas saya mengambil Ponstan.
.

Setiap kali saya mengambil Caffox di klinik, saya perlu melalui ujian kehamilan terlebih dahulu kerana menurut doktor wanita hamil tidak boleh mengambil Caffox.Saya berbincang dengan doktor yang merawat saya supaya dos untuk ubat tahan sakit dikurangkan agar saya tidak terseksa dengan gastrik pula. .


Doktor memberikan saya Paracetamol dos lebih rendah dari Ponstan. Akan tetapi lain pula jadinya. Dos yang diberi langsung tidak membantu mengurangkan sakit, akibatnya saya dengan sendirinya menambah dos supaya dapat meredakan migrain.


Mencuba set migraine shaklee


Pada tahun 2013 saya mula mencuba Set Migrain Shaklee iaitu Ostematrix dan B Complex. Dua minggu pertama, migrain saya bukan bertambah baik, malah bertambah teruk sakitnya. 
Sehinggakan terdetik difikiran untuk berhenti sahaja dari mengambilkan Set Migrain ni.


Pada saya seolah-olah set ini langsung tidak memberi kesan, malah membuatkan migrain saya semakin teruk. Tetapi saya kuatkan hati untuk teruskan set migrain Shaklee dan berazam
untuk menghabiskan sekurang-kurangnya set yang pertama ini.


Setelah beberapa minggu barulah saya rasa perubahan positif set migrain ini. Dalam tempoh tersebut saya tidak diserang migrain walaupun sekali. Kemudian saya teruskan set sehingga 
4 bulan (kandungan B Complex untuk 4 bulan) dan Alhamdullah migrain saya semakin berkurangan. Sekarang migrain hanya akan menyerang pada waktu-waktu tertentu sahaja contohnya beberapa hari sebelum period sahaja.


Kini saya boleh melakukan apa sahaja tugas tanpa risaukan faktor-faktor yang berkemungkinan akan menyebabkan migrain saya kembali. Sehingga kini saya masih mengamalkan Ostematrix setiap malam. Selain menyembuhkan migrain, Ostematrix juga membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki saya (simpul biawak) akibat kekurangan magnesium.


Pada mereka yang mengalami masalah seperti saya, suka saya cadangkan agar mencuba Set Migrain Shaklee yang sangat hebat. Formula dari bahan semulajadi membuatkan saya amat yakin dengan Shaklee kerana dengan Shaklee saya mampu lebih cergas dan bebas melakukan tugas. Itulah Shaklee Effect saya!!




PERTANYAAN ATAU PESANAN?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang suplemen shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 012-5932706. Saya akan bantu anda untuk urusan pembelian dan seterusnya mendapatkan konsultasi, tips dan cara pengambilan yang tepat berdasarkan keadaan anda.



Anda juga boleh terus membuat pembelian secara online melalui E-Sell Shaklee dengan menggunakan kad kredit atau kad debit. Klik link di bawah, anda akan dihubungkan terus dengan website Shaklee.





Untuk response yang pantas anda juga boleh juga KILIK DI SINI.

Thursday, 9 July 2015

Apa itu vitamin b-complex



Assalamualaikum hai semua.. Apa khabar hari ni? Today saya nak kongsikan sedikit info mengenai Vitamin B-Complex. Apa itu vitamin B-Complex, kesan kekurangan dan juga info mengenai vitamin B-complex Shaklee. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita ye.



Apa Itu B Complex ?

B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) jenis  vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin(B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
·      melancarkan metabolisme
·      melancarkan peredaran darah
·      mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
·      mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
·      memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
·      memlancarkan metabolisme
·      meningkatkan kekebalan tubuh
·      menjaga keseimbangan garam-garam mineral
·      membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
·      mencegah kerosakan urat saraf
·      membantu pembentukan sel darah merah
·      melancarkan metabolisme sistem tubuh
·      mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Apa yang terjadi kalau kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.


Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung



 PERBEZAAN VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE


Shaklee B Complex Selamat?

Shaklee B Complex adalah vitamin larut air. Ia bermaksud sebarang lebihan vitamin tersebut tidak akan disimpan dalam tubuh (yang mungkin boleh menyebabkan risiko penyakit lain), sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Justeru, pengambilan Shaklee B complex setiap hari (mengikut dose yang disarankan) adalah PERLU dan SELAMAT!!


Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?

·      Merangsang pertumbuhan.
·      Meningkatkan kemampuan berfikir.
·      Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

·      Menambah tenaga.
·      Mengurangkan stress.
·      Melambatkan proses uban di rambut.
·      Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

·      Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
·      Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
·   Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin


Bulan Julai 2015, b-complex Shaklee adalah salah satu vitamin yang promosi tau. Beli 3 percuma 1.. Jangan lepaskan peluang keemasan ni yau. Nak order atau sebarang pertanyaan meh roger saya ye..
Id:908559
012-5932706
fb: hanee’s wardrobe